Thursday, 28 November 2013

Nota Pengajian Am

Isu-Isu Semasa:


  1. Industri Halal diperbangunkan
Huraian:
  • Syarikat penerbangan kebangsaan,Malaysia Airlines(MAS) telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Institut Latihan dan Penyelidikan Halal Antarabangsa(INHART) bagi membangunkan produk yang berjenama halal.
  • INHART merupakan pusat khusus untuk industri halal yang ditubuhkan oleh UIAM
  • Melalui perjanjian tersebut, MAS akan menerima para pelajar dari INHART sebagai pelatih di operasi penyediaan makanan halal di MAS.
   2. Teknologi baru diperkenal bagi menjamin Malaysia menjadi peneraju minyak dunia

Huraian:
  • Teknologi tersebut dikenali sebagai Robo-Rest
  • Robo-Rest dapat mempercepatkan proses pensterilan dan perleraian buah kelapa sawit kepada 45 minit berbanding masa yang diambil sekarang iaitu selama satu hingga dua jam
  • Robo-Rest juga mampu menjimatkan kos elektrik, pemasangan dan pengeluaran oleh kilang untuk menyiapkan proses pensterilan dan perleraian buah kelapa sawit
  • Robo-Rest merupakan hasil ciptaan Prof.Madya Dr.Abdul Azis Ariffin dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dengan menggabungkan kepakaran penyelidik UPM 

No comments:

Post a Comment