Tuesday, 26 November 2013

PENGAJIAN AM


ISU-ISU SEMASA:


SUMBER: UTUSAN MALAYSIA


  1. Kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam sektor penerbangan
Contoh: Malindo Air yang merupakan kapal terbang di bawah gabungan nama Malaysia dan Indonesia telah memulakan penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta

Huraian:

  •  Kerjasama ini dapat membantu golongan usahawan dan pelancong di Malaysia memandangkan Jakarta merupakan destinasi utama untuk sektor pelancongan dan perniagaan.
  • Malindo Air merupakan sebuah syarikat penerbangan hibrid hasil kerjasama antara Nasional Aerospace& Defence Industries Sdn.Bhd(NADI) dari Malaysia dan PT Lion dari Indonesia
  • Dengan adanya kerjasama ini, ekonomi negara dapat ditingkatkan.


    2. Pertingkat keselamatan negara, OPS CANTAS KHAS diperhebat

Huraian:

  •  OPS CANTAS KHAS diwujudkan adalah untuk mengekang aktiviti kongsi gelap dan jenayah kekerasan.
  • OPS CANTAS KHAS merupakan langkah proaktif PDRM dalam memberi tumpuan kepada usaha pencegahan di seluruh negara khususnya dalam kes tembak yang semakin menjadi-jadi baru-baru ini.
Contoh: Di Shah Alam, Selangor sebanyak 683 individu telah berjaya ditangkap akibat jenayah yang dilakukan.

     3.  Malaysia tegas dalam menangani isu pergerakan manusia yang tidak sah memasuki negara.

Huraian:

  •  Ahmad Zahid yang merupakan menteri dalam negeri telah menegaskan bahawa tidak akan membenarkan negara digunakan sebagai transit bagi pergerakan manusia tidak sah dan menyekat sindiket penyeludupan manusia serta pemalsuan dokumen.
  • Kerajaan mengambil langkah dengan mengetatkan pengeluaran visa dan dasar untuk mewujudkan intergriti dalam pengeluaran visa.
   4.  GeMPeK dapat mejana pendapatan yang stabil untuk golongan muda

Huraian:  

  • Program generasi muda pekebun kecil (GeMPeK)  merupakan landasan yang terbaik bagi golongan anak muda menambah pendapatan terutamanya golongan anak muda yang berada di kawasan luar bandar
 5.  Malaysia meluaskan pasaran ke luar negara

Huraian:

  • MASkargo menghantar 2 tan durian segar sejuk( chilled durian) ke Sydney, Australia.
  • Durian tersebut akan dipasarkan di empat buah pasar raya Sydney
  • Durian sejuk ini dapat bertahan selama tiga minggu /
  • Durian sejuk ini adalah lebih baik daripada durian sejuk beku kerana murah dan dapat mengekalkan kesegaran bau.
 6.   Perairan negara diceroboh jejaskan punca pendapatan Nelayan tempatan

Huraian: 

  • Pencerobohan bot pukat tunda di kawasan perairan barat Selangor dan Pulau Pinang telah menjejaskan sumber pendapatan 300 orang nelayan pantai di sekitar Sungai Haji Dorani dan Sungai Burung di Nibong Tebal.

1 comment:

  1. Lucky Club Casino site - Get 100% up to €100 + 50 Free Spins
    Lucky Club is a Swedish online casino with over 500 games and hundreds of slots. The 카지노사이트luckclub online casino is owned and operated by the Gambling

    ReplyDelete