Monday, 25 November 2013

NOTA PENGAJIAN AM

Karangan:Cabaran ASEAN



          Malaysia merupakan salah satu negara yang menganggotai Pertubuhan Negara Asia Tenggara(ASEAN). ASEAN ini diwujudkan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan kestabilan politik. Namun begitu, dalam pertubuhan ASEAN Malaysia perlu menghadapi cabaran terhadap ngara ASEN yang lain seperti Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.

         Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia terhadap negara AEAN yang lain ialah dari segi kebudayaan antara Malaysia dan Indonesia. Hal ini terjadi apabila pembantu rumah Indonesia yang diambil bekerja oleh majikan Malaysia sukar memahami bahasa pertuturan majikan Malaysia. Oleh itu, segala arahan yang diberikan tidak dapat dipenuhi. Hal ini telah menjadi masalah yang serius antara rakyat Malaysia dan Indonesia sehingga timbulnya kes penderaan ke atas pembantu rumah.

          Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran ekonomi dengan negara Thailand. Hal ini terjadi disebabkan kedudukan Malaysia yang bersempadan dengan negara Thailand. Oleh itu, menjadi satu cabaran dalam bidang ekonomi oleh negara Malaysia dan Thailand yang mengeluarkan barang komoditi yang sama iaitu kelapa sawit dan getah. Negara ini terpaksa bersaing untuk memasarkan barang komoditi ke negara lain. Oleh itu, Malaysia perlu mencari alternatif yang lain bagi menghadapi cabaran dalam bidang ekonomi dengan mempelbagaikan produk makanan yang berasaskan kelapa sawit.

            Seterusnya, dalam bidang politik juga Malaysia menghadapi cabaran dengan negara anggota ASEAN yang lain iaitu negara Filipina. Masalah yang dihadapi oleh Malaysia dengan Filipina ialah isu tuntutan Filipina keatas wilayah Sabah. Filipina mendakwa bahawa Sabah adalah kepunyaan Kesultanan Sulu. Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) juga berlaku. Hal ini kerana, pelarian Filipina yang lari ke Sabah akibat daripada serangan tentera Filipina ke atas kumpulan pelampau Moro. Mereka menceroboh perairan Malaysia. Pengawalan di pintu masuk Malaysia juga amat longgar turut memudahkan PATI mencerobohi Malaysia. Akibatnya, jumlah PATI di Malaysia makin bertambah di Sabah.

           Cabaran yang terakhir ialah dalam bidang sosial iaitu antara negara Malaysia dengan Singapura. Masalah yang dihadapi oleh pekerja Malaysia ialah diberi gaji yang agak rendah dalam sektor pekerjaan yang sama. Hal ini tidak dapat menampung kos sara hidup mereka yang tinggi di Singapura. Rakyat Singapura juga turut bersaing dalam membeli tanah di Johor. Hal ini mengakibatkan rakyat Johor semakin kehilangan tanah kerana tidak mampu membeli tanah yang berlipat kali ganda mahalnya. Oleh itu, perkara ini sudah pasti akan menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Singapura.

       Kesimpulannya, Malaysia perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi cabaran dengan negara anggota ASEAN supaya matlamat pertubuhan ASEAN untuk mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat direalisasikan dengan jayanya.

                      
                



               




8 comments: